Alhamdulillah, dengan kuasa dan izin dari-Nya, aku telah berpeluang berjalan kebeberapa tempat yang hebat di dunia ini untuk menyaksikan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Syukur yang teramat sangat diatas kesihatan, kesenangan dan perlindungan yang diberikan-Nya sepanjang kembara ini. Gentar jugak memandangkan yang pergi ni ketiga-tiganya anak dara pingitan..hehe.
InsyAllah aku akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengalaman ini dengan yang lain. Inspirasi daripada kata-kata Jamie Oliver dan juga beberapa travel blog yang aku jumpa. Sebelum perjalanan, banyak jugak travel blog yg ditelaah untuk dijadikan panduan. Dari situ timbul niat untuk berkongsi cerita kembara kitaorang ni kelak. Bukan niat menunjuk, tetapi sebagai panduan juga kepada yang lain. Tapi perlu diingat, kembara kami ni kembara budget, tak adala sangat elemen kemewahan didalamnya..hehe
Perjalanan merentasi benua ini mengambil masa selama 17 hari kesemuanya dari 26.06.2011 hingga 12.07.2011. Pada mula perancangan nak jalan-jalan di sekitar UK sahaja, tapi lama kelamaan ianya telah meleret ke eropah pula. Maka jadila perjalanan dari London- Barcelona- Milan- Venice- Florence- Pisa- Rome- Lake District. Itupun terpaksa ditolak France dan Germany setelah mengambil kira masa dan budget yang tidak mencukupi..hehe..
Kami bertolak dari LCCT ke Stansted Airport, London awal sehari daripada tarikh penerbangan asal. Pelawaan daripada pihak Air Asia untuk mempercepatkan tarikh penerbangaan bagai pucuk dicita ulam mendatang, tidak ditolak langsung. Sanggup, walaupun kelak terpaksa bermalam di airport gara-gara tiba awal.
Penerbangan KL- London mengambil masa lebih kurang 14jam. Kami tiba di Stansted pukul 10malam waktu sana. Sesampai saja, terus kami beli tiket Easy Bus ke London untuk awal pagi esoknya. Kami beli tiket return terus memandangkan penerbangan ke Barcelona nanti juga dari airport yang sama. Advisable juga untuk beli tiket return sekali, memandangkan trip dari London ke airport selalunya ramai orang, tambahan pula Easy Bus ni saiznya sebesar bus mini je. Jadi keutamaan akan diberi kepada yang dah beli tiket awal-awal berbanding yang nak beli on the spot dekat driver.
Malam pertama dinegara orang terpaksa bermalam di airport. Nasib baik Stansted Airport ni bersih dan cantik. Ada disediakan chapel, so senangla untuk menunaikan ibadah solah. Walaupun tidak seselesa bermalam di hotel, tapi kira boleh and convenient jugakla.
Keesokkannya seawal pukul 5 pagi kami dah naik bus ke London. Easy Bus ni akan turun di Baker Street, London (perjalanan lebih kurang 1 jam). Dari Baker Street kami naik underground subway ke Charing Cross kerana disitu ada disediakan tempat simpan luggage untuk menyimpan beg-beg kami yang berat. Bagi memudahkan perjalanan di kota London, kami beli oyster card dimana ianya boleh digunakan untuk mana-mana subway dan bus, tidak kira zon, tidak kira hari asalkan kredit yang mencukupi didalam kad tersebut, lebih kurang macam kad touch n go jugala. Maka bermulalah Day 1 kembara kami ini...
Day 1: LONDON
Breakfast pagi di Charing Cross station cuma makan bekal roti dan sambal ikan bilis yang dibawa dari Malaysia sahaja. Perut kenyang, hati senang, kami pun memulakan perjalanan dengan semangat berkobar-kobar
- Covent Garden Market, yang merupakan pasar buah dan sayur yang terkenal, merupakan tempat pertama yang dilawati. Tetapi memandangkan jam baru pukul 8 pagi, kedai-kedai masih belum dibuka dan niat kami untuk membeli buah-buahan segar tidak kesampaian. Berdekatan Covent Market turut terdapat Theatre Royal, Drury Lane, London Transport Museum dan Jubilee Market Hall.
2. Trafalgar Square dan National Museum yang merupakan dataran terkenal di kota London sebagai tempat perkumpulan, demonstrasi dan sambutan tahun baru. Terikan utama di Trafalgar square ini ialah air pancut, patung-patung pahlawan dan burung merpati.
3. Parliament Street & Whitehall Street, yang menempatkan pejabat dan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Menteri-Menteri. Antara yang terkenal ialah 10 Downing Street yang pernah menjadi kediaman rasmi Margaret Thratcher semasa menjadi PM. Berehat sekejap dekat park berdekatan Whitehall sambil menjamu yougurt dan pastry yang dibeli di tesco express semasa dalam perjalanan.
4. Westminister Abbey, gereja upacara rasmi keluarga diraja.
5. St. James Park
6.Buckingham Palace. Kebetulan waktu sampai dekat-dekat pukul11.30 adalah waktu ‘changing guard’. Punyalah ramai umat manusia, tambahan hari itu cuaca panas di London, jadi suasananya macam berada di KLCC sahaja..hehe
7. Dari Buckingham Palace kami kembali semula ke Charing Cross Station untuk mengambil beg dan kemudian terus menaiki bus ke West Hamstead dimana terletak tempat penginapan kami iaitu London Stay.
London Stay terletak di zon 2, berdekatan dengan Finchley Road Station, lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Convenient juga menetap disini, selain berdekatan dengan train station, ianya juga merupakan kawasan perumahan yang aman dan selamat, di samping terdapat kedai kebab dan makanan arab serta pasaraya whiterose berdekatan. London Stay merupakan homestay flat 2 tingkat, dimana salah satu bilik ditingkat atas disewakan kepada pengunjung. Biliknya tidakla sebesar mana, tapi bolehla juga memuatkan kami 3 orang yang comel-comel nie..hehe. Owner rumah merupakan Lin and husband, ex student yang telah bekerja dan menetap di London.
Selesai membersihkan diri dan solat, kami keluar balik untuk meneruskan perjalanan di kota London. Sebelum itu sempat juga kami menjamu selera di Iranian restaurant berdekatan rumah. Disebabkan mood lapar, masing-masing order satu dishes. Bila makanan sampai, Ya Rabbi, portionnye besar-besar, satu dishes boleh dikongsi 2-3 orang. Terkulat-kulat jugakla nak menghabiskan sampai rasa nak keluar balik je makanan tu.
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan untuk sesi petang:
1. Kami naik tube sampai station Bank untuk ke kawasan Bank of England, yg pernah menjadi lokasi pengambaran filem Harry Potter. Disekitarnya terdapat juga bangunan London Stock Exchange dan World War 1 Memorial.
2. Dari situ kami berjalan sampai tersesat-sesat dan tak ingat nama jalan yang dilalui. Kami melewati beberapa bangunan menarik seperti Lloyd Tower by Richard Rogers yang sangat unik. Sambil menikmati panorama kota London di waktu petang, yang sibuk dengan umat manusia yang pulang dari kerja. Di London, boleh dikatakan kesemua penduduknya pulang kerja sharp on time. Depa ada undang-undang buruh yang tidak membolehkan overtime..haa, bestnya kalau undang-undang ini turut dikuatkuasa di Malaysia.
3. Leadenhall Market yang turut merupakan lokasi pengambaran filem Harry Porter yang pertama. Tempat dimana Harry pergi membeli-belah perkakas magicnya sebelum masuk ke sekolah. Boleh dilihat disini penduduk London menghabiskan happy hour di bar-bar berhampiran. Perumpamaannya lebih kurang macam pergi teh tarik lepas waktu kerjala, kalau di Malaysia..hehe.
4. St. Paul Cathedral, Millenium Bridge and Tate Modern Gallery. Selain happy hour di bar, ramai juga penduduk London yang gemar berjogging lepas waktu kerja, seperti dilihat di atas Millenium Bridge ni.
5. Kami naik bus ke sekitar Southbank Center untuk berjalan menyusur pesisir Sungai Thames bagi melihat London Eye dan Big Ben di waktu senja. Suasana yang happening dengan pelancong yang berpusu-pusu, ada yang melepak di cafe-cafe tak kurang jugak diatas padang berhampiran, dengan bermacam-macam ragam dan kerenah.
Setelah puas menikmati pemandangan Big Ben, kami angkat kaki pulang ke tempat penginapan. Tamat perjalanan hari pertama, terasa sangat letih disebabkan banyak berjalan kaki disiang hari ditambah tidak cukup tidur pada hari sebelumnya. Alhamdulillah, malam ni terasa nikmatnya dapat tidur diatas katil!