Showing posts with label antonio gaudi. Show all posts
Showing posts with label antonio gaudi. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

SUMMER TRIP 2011: Day 6

Day 6: Barcelona& Milan

Hari nie merupakan hari terakhir di Barcelona (huhu...sedih). Alhamdulillah, kebanyakkan tempat yang nak dilawati dah pergi, jadi iltenary hari ni hanya utk membeli-belah souvenir dan berjumpa dgn kawan Gee yang buat PHD dekat Barcelona (Che’ Own and Family).

Pagi pergi ke hard rock cafe Barcelona, utk beli baju yang dipesan kawan. Sementara menunggu Che’ Own sampai, sempat gakla kami berposing depan HRC tu.

Kemudian kami pergi ke plaza catalunya cari tempat utk picnic..hehe. Che Own ada bawak bekal nasi tomato (buat susah2 je), tapi serious..dapat menjamu nasi setelah beberapa lama x makan nasi memang nikmat yang tersangat2la..tambahan masakan Che Own mmg sedap, thanks Che Own;)

Selesai makan, husband Che Own bawak kitaorg ke kedai souvenir yang dia regular bawak customer (kira boleh tawar-menawarla..hehe)..Again, souvenir di Barcelona juga xdela murah, lebih kurang di London juga. But, thanks to husband Che Own sebab tolong tawar menawarnya didlm bahasa spain- dapatla kitaorg fridge magnet dlm euro 1-2 dan t-shirt euro 7-10.

Selepas shopping, Che Own bawak kitaorg makan coklat Valor dekat area Barri Gothic (kitaorg pusing jauh cari kedai, rupa-rupanya kedainya dekat tempat yang selalu lalu je). Coklat Valor antara brand coklat yang terkenal di dunia. Kitaorang makan snack (mcm kuih kocok tue, Cuma dia halus2) cicah dengan coklat..nyum, sedap..coklat mmg pure, x manis, boleh hirup lagi.

Selepas makan dan mengucapkan selamat tinggal to Che Own and husband (thanks a lot for all the kindness, semoga Allah merahmati kalian), kami balik semula ke hotel untuk ambik bag, then terus ke plaza catalunya untuk ambik bus ke El Prat Barcelona (terminal 2). Sementara tunggu departure time, jalan2 dulu di airport. Nasib baik airportnya besar & byk kedai, bolehla window shopping ;) tak berani nak spend duit banyak sangat sebab perjalanan masih jauh lagi.

Depart dari Barcelona jam 20.30, dan tiba di Milan malpensa (terminal 2) jam 22.10, hampir 2 jam penerbangan. Terperanjat dengan keadaan airport Milan Malpensa, keluar2 dari flight terus ambik luggage, xde cop passport pun..haha, suasana pun macam airport kampung2 je (sesiapa nak melarikan diri, boleh je kot dekat sini). Memandangkan dah tengah malam (tunggu luggage keluar je dah dekat 12 tengah malam), dan malam ni merupakan malam yang tidak ada hotel..kami kena decide samaada nak bermalam di Milan Malpensa Airport atau di Milan Centrale (station keretapi, sebab esok kul 6.55pagi kitaorang akan naik keretapi). After discussion, kami decide untuk bermalam di station keretapi sebab takut 1st bus esoknya dari airport ke station keretapi lambat sampai). Pusing2 jugakla nak cari tempat naik bus (airport dia kecik je, dah tengah malam takde orang pun nak ditanya), nasib baik ada driver bus lain yang tengah stop bagitau dekat mana nak naik bus. Alhamdulillah, kami sempat catch last bus to Milan Centrale, jam 1 pagi.

Perjalanan ke Milan Centrale lebih kurang 1 jam, takut terlelap dan terlepas tempat tengah2 malam ni. Setiba di Milan Centrale, kami kena cari tempat untuk lepak memandangkan station keretapi ni ditutup pada waktu malam. Lastly kami decide untuk lepak dekat depan pintu utama station, lebih terang dan ramai sikit orang (termasuk homeless). Takut juga, sebab baca review tentang kecurian di sini banyak berlaku, polis pun ada la round sekali sekala. And bertambah scary lagi apabila sebelah kami ni ada seorang pakcik yang duk perhatikan kami je..huhu, kami kena tidur bergilir- gilir (tidur duduk atas road curb jalan depan station) untuk langkah keselamatan.

Jam 4.30, pintu utama train station dibuka, Alhamdulillah, dapatla berehat diatas kerusi. Tapi toilet masih dikunci, jadi kena tahan dulu apa2 yang nak keluar tu.

Jam 6.55 pagi, trenitalia yang akan kami naiki ke venice sampai. Alhamdulillah, lega rasanya. Perjalanan di jangka mengambil masa 2 jam setengah, jadi kesempatan yang ada diambil untuk tidur, setelah pengalaman nightmare di Milan malpensa dan Milan Centrale. Berbanyak syukur dipanjatkan kepada Allah kerana melindungi kami, Alhamdulillah;)

Note: Tak banyak ambik gambar hari ni, sebab banyak bergerak dgn haverspack yang sangat berat..huhu.. dan keadaan yang tidak mengizinkan di Milan Malpensa dan Milan Centrale.

Monday, December 19, 2011

SUMMER TRIP 2011: Day 4

Day 4: Barcelona

Olaaa..we are ready to conquer Barcelona!

Barcelona is 2nd largest city di Spain selepas Madrid. Turut dikenali sbg Catalunya dan org-orgnya berbahasa Catalan. Barcelona sinonim dengan culture, art and architecturenya, selain football FCnya. Mungkin itu antara sebab kami memilih Barcelona utk dikunjungi, sebab dulu pernah study architecturenya..jadi ingin melihat sendiri kehebatan itu.

My 1st impression to Barcelona..is NICE! Bersih..train/ metronya yg systematic, friendly people, pedestrian friendly town and great architecture. Kalau tgk masterplan Barcelona, planning dia memang dlm bentuk grid, very interesting!

  1. Our 1st visit is Park Guell, a public park designed by legendary barcelona’s architect..Antonio Gaudi. Dulu time kuliah, ada belajar subject history pasal beliau dan hasil kerjannya yg menjadi iconic dlm bidang architecture. Kami memang plan nk pergi park nie pagi2, sebab time nie x ramai org lg. Park ni terletak di atas bukit, so nak naik tu paham2la..kena mendaki. Tapi disebabkn impressed dgn pemandangan keliling, color2 building yang vibrant, tgn nia asyik click camera je, and x terasa penat sgt mendaki;)

Gaudi mmg terkenal dgn building2nya yang pelik2. Metaforanya drpd sumber alam dan binatang, so boleh tengok aplikasi tersebut dlm rekabentuk bangunannya. Walaupun rupanya pelik, tapi aku sgt impressed dgn detailing yg dihasilkannya. In architecture, the detailing is very important..x kira la design bangunan tersebut simple atau complicated.

2. 2nd destination is Sagrada Famillia. Keluar2 dari underground je..terus..WAH! tersergam bangunan tersebut. Kagum park guell pun x habis lg, terus terkagum lagi dgn sagrada famillia nie. Sagrada nie merupakan sebuah church yg didesign oleh Gaudi & tak habis2 lagi pembinaannya wlpun setelah kematian gaudi . Menurut cerita, Gaudi ni suka tukar2 detail dkt site, so sbb tu bangunannya tak siap2 (can’t imagine how the contractor dealing with him;). Kerja pembinaan sagrada diteruskan oleh badan NGO, dan dijangka siap pada 2014..hopefully!

3. Kami teruskan perjalanan ke casa2 yang glamour di Barcelona. Antaranya ialah casa batllo, casa mila, casa calvert (all 3 casa designed by gaudi too), casa amatler, casa Thomas..dan sebagainya ( x ingat nama, byk sgt..plus kitaorang dah penat berjln sebenarnya..hehe).

Nasib baik jalan2 di Barcelona ni sgt pedestrian friendly (have separate lane dedicated for bicycle, motorcycle & pedestrian), redup banyak pokok2& pocket park. Mmg recommended sangat2 planning and architecture student dtg sini buat case study.

Sebelum balik ke bilik hotel, kami singgah kejap di la ramblas beli kebab utk lunch tengahari tu.

Petang tu selepas lunch, sembhyg and take nap (sempat lg tu, kelebihan travel time summer, siangnya panjang).

4. Petang kami start dengan Arch Triumph. Then dari situ, berjalan lagi dan lagi.. Jumpa catarina market yang terletak berdekatan barri gothic. Design bumbung market sangat interesting.

5. Ciutat Vella atau dikenali District 1 merupakan penempatan terawal di Barcelona. Di dlm Ciutat Vella, terdapat kejiranan seperti Barri Gothic dan El Raval yang dipisahkan antara duanya oleh La Rambla Street.

Petang itu kami berjalan-jalan di kawasan Barri Gothic. Disini terdapat beberapa square sprt Placa Reail, cathedaral seperti Catedral de la Santa Cruz y Santa Eulalia- also known as Barcelona Cathedral), Carrer del Bisbe Irurita (ada link bridge between building, yg sgt cantik dgn ukiran), dan juga beberapa (byk sebenarnya smpi x ingat nama) small street and alleyway. Dekat square2 ni boleh lihat byk cafe and bar2, since depa suka melepak disini especially waktu petang. Street and alleyway sgt menarik dgn design tiang2 lampu, shopfront2, pintu2 dan balcony yang cantik. Pendek kata, everywhere is design here..walaupun cuma dilorong2 belakang. That’s the interesting part about Europe town!

5. Kami menyusuri la rambla street hingga ke waterfront area. La rambla merupakan Pedestrian walk yang paling famous di Barcelona. Bahagian atasnya terdapat plaza catalunya, manakala di penghujung jalan tembus ke waterfront area, terdapat statue colombus yang menunding jarinya ke arah laut. Happening dgn gerai, dan activity2 yang bermacam2 (yg plg best ada people statue). Sebab tu, la rambla sentiasa penuh dgn manusia. Langkah berhati2 perlu diambil disini sebab banyak pencopet.

Selepas puas berehat2 di tepi laut, menikmati permandangan kapal2 layar, kami bergerak pulang ke hotel. Malam itu kami Cuma berehat dibilik sambil memasak sendiri untuk dinner. Mungkin penat berjalan siang tadi masih belum hilang. Mana tidaknya, kami Cuma naik metro utk ke Park Guell dan Sagrada Familia, yang lain2nya berjalan kaki sahaja. Kalau tengok balik map perjalanan kami tadi..mmg jauh..hehe

Walaupun penat, hati tetap gembira..Mood hari keempat- I’m in love with Barcelona;) x sabar nk explore lagi esok.