Hari nie merupakan hari terakhir di Barcelona (huhu...sedih). Alhamdulillah, kebanyakkan tempat yang nak dilawati dah pergi, jadi iltenary hari ni hanya utk membeli-belah souvenir dan berjumpa dgn kawan Gee yang buat PHD dekat Barcelona (Che’ Own and Family).
Pagi pergi ke hard rock cafe Barcelona, utk beli baju yang dipesan kawan. Sementara menunggu Che’ Own sampai, sempat gakla kami berposing depan HRC tu.
Kemudian kami pergi ke plaza catalunya cari tempat utk picnic..hehe. Che Own ada bawak bekal nasi tomato (buat susah2 je), tapi serious..dapat menjamu nasi setelah beberapa lama x makan nasi memang nikmat yang tersangat2la..tambahan masakan Che Own mmg sedap, thanks Che Own;)
Selesai makan, husband Che Own bawak kitaorg ke kedai souvenir yang dia regular bawak customer (kira boleh tawar-menawarla..hehe)..Again, souvenir di Barcelona juga xdela murah, lebih kurang di London juga. But, thanks to husband Che Own sebab tolong tawar menawarnya didlm bahasa spain- dapatla kitaorg fridge magnet dlm euro 1-2 dan t-shirt euro 7-10.
Selepas shopping, Che Own bawak kitaorg makan coklat Valor dekat area Barri Gothic (kitaorg pusing jauh cari kedai, rupa-rupanya kedainya dekat tempat yang selalu lalu je). Coklat Valor antara brand coklat yang terkenal di dunia. Kitaorang makan snack (mcm kuih kocok tue, Cuma dia halus2) cicah dengan coklat..nyum, sedap..coklat mmg pure, x manis, boleh hirup lagi.
Selepas makan dan mengucapkan selamat tinggal to Che Own and husband (thanks a lot for all the kindness, semoga Allah merahmati kalian), kami balik semula ke hotel untuk ambik bag, then terus ke plaza catalunya untuk ambik bus ke El Prat Barcelona (terminal 2). Sementara tunggu departure time, jalan2 dulu di airport. Nasib baik airportnya besar & byk kedai, bolehla window shopping ;) tak berani nak spend duit banyak sangat sebab perjalanan masih jauh lagi.
Depart dari Barcelona jam 20.30, dan tiba di Milan malpensa (terminal 2) jam 22.10, hampir 2 jam penerbangan. Terperanjat dengan keadaan airport Milan Malpensa, keluar2 dari flight terus ambik luggage, xde cop passport pun..haha, suasana pun macam airport kampung2 je (sesiapa nak melarikan diri, boleh je kot dekat sini). Memandangkan dah tengah malam (tunggu luggage keluar je dah dekat 12 tengah malam), dan malam ni merupakan malam yang tidak ada hotel..kami kena decide samaada nak bermalam di Milan Malpensa Airport atau di Milan Centrale (station keretapi, sebab esok kul 6.55pagi kitaorang akan naik keretapi). After discussion, kami decide untuk bermalam di station keretapi sebab takut 1st bus esoknya dari airport ke station keretapi lambat sampai). Pusing2 jugakla nak cari tempat naik bus (airport dia kecik je, dah tengah malam takde orang pun nak ditanya), nasib baik ada driver bus lain yang tengah stop bagitau dekat mana nak naik bus. Alhamdulillah, kami sempat catch last bus to Milan Centrale, jam 1 pagi.
Perjalanan ke Milan Centrale lebih kurang 1 jam, takut terlelap dan terlepas tempat tengah2 malam ni. Setiba di Milan Centrale, kami kena cari tempat untuk lepak memandangkan station keretapi ni ditutup pada waktu malam. Lastly kami decide untuk lepak dekat depan pintu utama station, lebih terang dan ramai sikit orang (termasuk homeless). Takut juga, sebab baca review tentang kecurian di sini banyak berlaku, polis pun ada la round sekali sekala. And bertambah scary lagi apabila sebelah kami ni ada seorang pakcik yang duk perhatikan kami je..huhu, kami kena tidur bergilir- gilir (tidur duduk atas road curb jalan depan station) untuk langkah keselamatan.
Jam 4.30, pintu utama train station dibuka, Alhamdulillah, dapatla berehat diatas kerusi. Tapi toilet masih dikunci, jadi kena tahan dulu apa2 yang nak keluar tu.
Jam 6.55 pagi, trenitalia yang akan kami naiki ke venice sampai. Alhamdulillah, lega rasanya. Perjalanan di jangka mengambil masa 2 jam setengah, jadi kesempatan yang ada diambil untuk tidur, setelah pengalaman nightmare di Milan malpensa dan Milan Centrale. Berbanyak syukur dipanjatkan kepada Allah kerana melindungi kami, Alhamdulillah;)
Note: Tak banyak ambik gambar hari ni, sebab banyak bergerak dgn haverspack yang sangat berat..huhu.. dan keadaan yang tidak mengizinkan di Milan Malpensa dan Milan Centrale.