Pagi nie kena packing barang, sebab semlm reception ladies bagitau bilik kami perlu dikosongkan utk maintenance work (mmm..betul ke). Walaupun sayang nk meniggalkan bilik yg best tu, terpaksala juga relakan..hukhuk.. Selesai packing kami keluar utk memulakan perjalanan. Jadual hari nie xdela seketat semlm, sebab semlm dah pulun habis..haha
- Pagi jalan2 lagi di la rambla dan singgah dipasar mercat st joseph yang terletak di la rambla street, antara pasar yang terkenal disini. Jalan2 di dalam pasar, rambang mata tengok buah-buahan segar yang dijual..yummy.. Tapi mual tekak jugakla tengok daging2 khinzir yang digantung2, ada bentuk sosej..uweekk (byk gerai khinzir..depa nie suka makan menatang tu agaknya)
2. Hari nie kami berjalan di zon el raval pula. Antara tempat yg dilewati ialah Barcelona museum of contemporary dan antique hospital de la santa creu (cantik hospital ni, ada courtyard di tengahnya)
Kami pulang semula ke hotel tghari tu, masuk bilik baru yang terletak dibhgn belakang pula (xde balcony mcm bilik yang 1st tu..huhu). Tapi xpe, rasanya ada advantage utk sidai baju sebab tak menghadap jln besar (hotel policy x bagi sidai baju dkt balcony), bolehla mendobi mlm nnti;)
Kami lunch dibilik makan tapau falafel yang dibeli di la rambla tadi. Falafel ni mcm roti pita juga, berbentuk 3 segi, dimana kita boleh isi sendiri bahan2 atau sayur2 yang dikehendaki. Sebab lapar n nafsu..hehe, letak banyak bahan2nya..tapi bila dah bercampur semua, rasa mcm mual pulak nk menghabiskannya..itula, org tamak selalu rugi..haha, ingat!
Selepas mandi, sembahyang n nap sekejap (seperti biasaa..hehe)..perjalanan diteruskan.
4. Petang plan ke montjuic, perkampungan olimpik tahun 2002 dulu. Dari universitat, naik metro ke parallel, then naik pula fernicullar (cable car panjang mcm bukit bendera tu) ke montjuic yang terletak diatas bukit.
5. Dah sampai di montjuic kami berjalan dan lalu depan gallery joan miro, antara artist yang terkenal. Kemudian singgah di park bersebelahan gallery tersebut, utk menikmati permandangan kota Barcelona dari puncak montjuic.6. Museum Olympic dan Olympic Stadium Montjuic (dibuka utk org ramai, masuk free)8. Berjalan turun dari montjuic ke plaza espana. Nasib baik ada banyak escalator yg disediakan utk turun/ naik. Sepanjang perjalanan turun, kami melewati Museum National Catalunya dan Magical Fountain Montjuic (persembahan waktu malam, kami tak tunggu). Kalau dilihat kedudukannya, Museum yang terletak diatas bukit, dengan magical fountain dan plaza espana di bahagian bawah bukit, adalah di dalam axis yang sama, menarik! (design di Barcelona banyak menitikberatkan aplikasi simetri, grid, dan axis)
Dari Plaza Espana, kami naik metro ke station universitat, balik ke hotel utk mandi, makan dan sembhyg.
Metro system di Barcelona agak mudah dan tersusun, terbahagi kepada beberapa line juga seperti di London. Untuk 3 hari journey di Barcelona ini, kami beli tiket T10 yang boleh digunakan untuk metro, bus or tram untuk mana2 line di dalam zone yang sama. Memandangkan tourist attraction banyak di dalam zone 1 sahaja, jadi tidak timbul masalah tentang penggunaan ticket T10 yang sama. T10 merupakan ticket yang dibeli secara bundle (ada 10 journey), lebih murah daripada beli 1 ticket per journey, dan ianya boleh digunakan secara berkumpulan. Maksudnya, lepas sorang dah masuk ticket dekat machine (macam lrt tu), boleh pass ticket yang sama dekat kawan belakang dan ianya dikira second journey dan seterusnya. Ada jugak orang yang buat 1 ticket masuk dua orang, tapi not adviseable sebab ianya salah disisi undang2, kalau tidak bernasib baik kena tangkap atau kena sepit dengan pintu machine tu (experience orang yang dah kena sepit..sakit woo;) Kalau ticket T10 ada baki lagi, kena simpan ticket elok2 dan boleh digunakan untuk journey yang seterusnya. Sepanjang di Barcelona, kami Cuma guna T10 untuk naik metro ke Park Guell- Sagrada Famillia dan Montjuic sahaja. Yang lain2 destinasi Cuma berjalan kaki, maybe because hotel kami terletak within walking distance ke ciutat vella dimana terdapat banyak tourist attraction (la rambla, plaza catalunya, barri gothic dan el raval).
Memandangkan malam nie merupakan malam terakhir kami di Barcaleno, kami keluar lagi utk menikmati permandangan malam di la rambla dan plaza catalunya. Walaupun x keluar lama, sempat jugakla tengok street dance oleh mamat2 macho di la rambla. Waktu malam disini banyak tourist police yg berjaga (maybe sbb byk kes kecurian) dan pekerja2 kebersihan dah start kutip sampah dan bersihkan jalan (that’s how they keep the city clean).
No comments:
Post a Comment