Sunday, December 18, 2011

SUMMER TRIP 2011: Day 2

Day 2: London

Sebelum memulakan perjalanan pada hari kedua, kami pergi membeli belah makanan untuk breakfast dan lunch di Whiterose Supermarket yang terletak berdekatan tempat penginapan. Kami sekadar breakfast yogurt dan pisang untuk mengalas perut pagi itu dihadapan supermarket. Kami bertolak dari Finchley Station lebih kurang pukul 9.30 pagi, untuk mengelakkan peak hour orang keluar bekerja.

1. Destinasi pertama ialah Tower Hill & Tower Bridge. Dekat situ ada ada palace and fortress, tp kitaorg x masuk dalam, just jalan2 and posing2 dkt luar sahaja. Tower bridge yang terletak bersebelahan merupakan jambatan yang terkenal merentasi sungai thames dan landmark bagi lagu ’ London bridge is falling down, falling down..’

2.


Then kitaorg naik bus double decker ke Liverpool street utk naik underground ke hyde park. Sampai di hyde park cuaca dah mendung. Sempat jugaklah menikmati panorama taman dan bunga2 yg sgt cantik di hyde park nie sebelum hujan turun dgn lebatnya. Nasib baik sempat cari wakaf berteduh utk picnic lunch mknan yg dibeli pagi tadi, sambil menikmati hujan lebat dan kesejukan. Alhamdulillah, nikmat Allah.

After lunch, ktorg decide utk teruskan perjalanan lg walaupun hujan belum betul2 reda. Terpaksala berlari-lari anak dkt dlm hyde park tue dari satu tempat teduh ke tempat teduh yang lain. Kelakar, mcm dlm cerita Hindustan pulak berlari-lari kat taman bunga..

3. Dari Hyde Park, kami berjalan ke Keningston Road. Alhamdulillah, hujan makin reda. Kagum dengan environment di Keningston Road, banyak bangunan lama disini, terasa macam dlm cerita Harry Porter dan movie2 omputih dulu2..hehe.. Banyak juga branded shop di sekitar seperti D&G, Gucci, Channel dan Jimmy Choo (proud Malaysian guy can open shop here). Kiranya ni tempat chic and shopping org kaya2 la. Ktorang sempat jugakla singgah dekat Harrods, pergi ke souvenir shop and beli beberapa barang yang mampu dibeli seperti coin purse (tp member ktorg bgtau perfume dkt harrods pun murah jugak).

4. Dari Harrods, kami berjalan lagi hingga ke Oxford Street..syurga bershopping bagi kaki2 shopping. Ramai jugakla terserempak dgn org Malaysia, maybe student or pelancong mcm ktorg (tp pelik kebanyakkan Malaysian dkt London ni mcm sombong sikit, bila jumpa buat donno je, senyum pun tidak..huhu).

Di oxford, kami singgah di selfridge..memborong bag longchamp..tp semua org order la, xde yang sendiri punya..haha

5. From Oxford, kami berjalan ke Paddington, ada dinner date dengan Idlan (our friend’s friend) yang menetap di sini. Makan2 di restoran bonda yg dibuka oleh org Malaysia bersebelahan bangunan asrama MARA. Food dia biasa2 jela and mild, maybe dah disesuaikan dgn citarasa mat salleh. Bak kata kemi, makan dkt kedai thai di Malaysia seribu kali lg sedap and murah!..haha (kemi proposed utk buka restoran anakanda pulak kat London, mungkin boleh dipertimbangkan;)

6. Dari Paddington, kami naik underground ke St. Pancras. Niat nak ke platform 9 ¾ di King Cross Station yang menjadi lokasi harry porter naik train. Tp sayang depa tgh renovate station tue, so diganti dgn poster dan troli separuh masuk dinding diluar station tue. Jadilah, utk bergambar2.

That’s for 2nd day in London, x sepadat mcm semlm. Esok would be our last day in London. Overall, London in my opinion, okla..xdela impressed gile2. Masa 1st time smpi semlm rasa terkejut juga..bandarnya kotor sikit especially dkt underground yang uzur2, orgnya kelam kelibut, Nampak unfriendly..pening (byk migrant sprt india, Pakistan, cina, european, x tau mana satu penduduk asal London).. Tp hari nie dah boleh adapt dgn keadaan tu. Mana2 pergi tgk renovation utk Olimpic next year.

No comments:

Post a Comment