Showing posts with label jalan-jalan london. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan london. Show all posts

Monday, December 19, 2011

SUMMER TRIP 2011: Day 3

Day 3: London & Barcelona

Alhamdulillah, dah masuk hari ketiga kami berkelana. Hari nie plan cuma nak pergi beli souvenir dkt Bayswater. Idlan kata souvenir dkt sana murah sikit.

Pagi sebelum ke Bayswater, kami ke post office sekejap. Kemi nk post bag2 longchamp yg dibeli semlm ke Loughborough (rumah Maya, destinasi terakhir kami nnti sblm pulang ke m’sia). Risau jugak nk bawak beg2 mahal, org punya pulak tu ke destinasi2 kami seterusnya. Perjalanan masih jauh lagi..

Dari Finchley Station, kami naik train ke Queensway. Then jalan kaki hingga ke Bayswater. Sempat jugak usha tempat naik easy bus ke airport nanti yang terletak berdekatan Bayswater.

Souvenir dkt London nie xdela murah sangat (slps diconvert ke rm). Paling murah kitaorg boleh dpt fridge magnet 3 for 5 pound (lebih kurang 1 fridge magnet dlm rm 7- rm8)..huhu, mahal kan (utk budget traveller mcm kami nie la). Tapi beli jugakla sikit utk kenang-kenangan diri sendiri dan diberi kpd kwn2 and family.

Disebabkan kesuntukkan masa, niat utk ke notinghill street (lokasi cerita notinghill) terpaksa dilupakan. Portobello market yg terkenal dkt situ pun x dpt pergi sbb market tu Cuma ada time weekend je. Xpela, insyAllah..ada rezki next time..hehe

Sblm balik semula ke London stay, kami sempat beli Taza kebab di Bayswater. Menurut Lin (owner London stay), taza kebab antara kebab terfamous and sedap di London.. Betul, x tipu..mmg sedap;)


Slps solat zohor, and siap packing..kami bertolak balik ke area Bayswater, utk naik bus easyjet ke stansted airport. Flight ke Barcelona depart pukul 18.05. Kami menaiki flight easyjet, low cost flight, mcm air asia juga. Cuma FA dia mmg sempoi dari segi penampilan, ada yang x make up langsung and pakai spec. Apa2 pun, layanan depa tetap bagus.

Perjalanan ke Barcelona dari London stansted mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami tiba di El Prat Airport pukul 8 lebih, time matahari nk terbenam, mmg cantik dgn langit warna purple jingga.


From airport, kami ambil airport shuttle betul2 dkt dpn terminal ke universitat, dimana terletak hotel kami, Pelayo Guest House. Mmg best hotel nie (100% recommended), location strategic- walking distance to la rambla street, senyap waktu mlm, and biliknya pun ada balcony and pantry..best! Mlm tu kami berehat2 je dlm bilik, memasak bekal2 yg dibawa dr M’sia (nk reducekan beban bag..haha)..Ok, esok nk menakluk Barcelona pulak..zzz.

Sunday, December 18, 2011

SUMMER TRIP 2011: Day 2

Day 2: London

Sebelum memulakan perjalanan pada hari kedua, kami pergi membeli belah makanan untuk breakfast dan lunch di Whiterose Supermarket yang terletak berdekatan tempat penginapan. Kami sekadar breakfast yogurt dan pisang untuk mengalas perut pagi itu dihadapan supermarket. Kami bertolak dari Finchley Station lebih kurang pukul 9.30 pagi, untuk mengelakkan peak hour orang keluar bekerja.

1. Destinasi pertama ialah Tower Hill & Tower Bridge. Dekat situ ada ada palace and fortress, tp kitaorg x masuk dalam, just jalan2 and posing2 dkt luar sahaja. Tower bridge yang terletak bersebelahan merupakan jambatan yang terkenal merentasi sungai thames dan landmark bagi lagu ’ London bridge is falling down, falling down..’

2.


Then kitaorg naik bus double decker ke Liverpool street utk naik underground ke hyde park. Sampai di hyde park cuaca dah mendung. Sempat jugaklah menikmati panorama taman dan bunga2 yg sgt cantik di hyde park nie sebelum hujan turun dgn lebatnya. Nasib baik sempat cari wakaf berteduh utk picnic lunch mknan yg dibeli pagi tadi, sambil menikmati hujan lebat dan kesejukan. Alhamdulillah, nikmat Allah.

After lunch, ktorg decide utk teruskan perjalanan lg walaupun hujan belum betul2 reda. Terpaksala berlari-lari anak dkt dlm hyde park tue dari satu tempat teduh ke tempat teduh yang lain. Kelakar, mcm dlm cerita Hindustan pulak berlari-lari kat taman bunga..

3. Dari Hyde Park, kami berjalan ke Keningston Road. Alhamdulillah, hujan makin reda. Kagum dengan environment di Keningston Road, banyak bangunan lama disini, terasa macam dlm cerita Harry Porter dan movie2 omputih dulu2..hehe.. Banyak juga branded shop di sekitar seperti D&G, Gucci, Channel dan Jimmy Choo (proud Malaysian guy can open shop here). Kiranya ni tempat chic and shopping org kaya2 la. Ktorang sempat jugakla singgah dekat Harrods, pergi ke souvenir shop and beli beberapa barang yang mampu dibeli seperti coin purse (tp member ktorg bgtau perfume dkt harrods pun murah jugak).

4. Dari Harrods, kami berjalan lagi hingga ke Oxford Street..syurga bershopping bagi kaki2 shopping. Ramai jugakla terserempak dgn org Malaysia, maybe student or pelancong mcm ktorg (tp pelik kebanyakkan Malaysian dkt London ni mcm sombong sikit, bila jumpa buat donno je, senyum pun tidak..huhu).

Di oxford, kami singgah di selfridge..memborong bag longchamp..tp semua org order la, xde yang sendiri punya..haha

5. From Oxford, kami berjalan ke Paddington, ada dinner date dengan Idlan (our friend’s friend) yang menetap di sini. Makan2 di restoran bonda yg dibuka oleh org Malaysia bersebelahan bangunan asrama MARA. Food dia biasa2 jela and mild, maybe dah disesuaikan dgn citarasa mat salleh. Bak kata kemi, makan dkt kedai thai di Malaysia seribu kali lg sedap and murah!..haha (kemi proposed utk buka restoran anakanda pulak kat London, mungkin boleh dipertimbangkan;)

6. Dari Paddington, kami naik underground ke St. Pancras. Niat nak ke platform 9 ¾ di King Cross Station yang menjadi lokasi harry porter naik train. Tp sayang depa tgh renovate station tue, so diganti dgn poster dan troli separuh masuk dinding diluar station tue. Jadilah, utk bergambar2.

That’s for 2nd day in London, x sepadat mcm semlm. Esok would be our last day in London. Overall, London in my opinion, okla..xdela impressed gile2. Masa 1st time smpi semlm rasa terkejut juga..bandarnya kotor sikit especially dkt underground yang uzur2, orgnya kelam kelibut, Nampak unfriendly..pening (byk migrant sprt india, Pakistan, cina, european, x tau mana satu penduduk asal London).. Tp hari nie dah boleh adapt dgn keadaan tu. Mana2 pergi tgk renovation utk Olimpic next year.