Saturday, January 29, 2011

ada apa dgn klang?...

ada apa dgn bandar klang?

selain terkenal sebagai bandar diraja..klang juga dikenali sebagai tempat yang banyak pendatang asing..huhu..
Dulu-dulu pun aku xdela berminat sgt nk ke klang. Kalau pergi pun sekadar utk ke station bus, xde apa pun nk di cari kat sana.

Tapi kunjungan ke Majlis Perbandaran Klang (MPK)-for building plan submission, beberapa tahun yang lalu memberi persepsi yg baru kepada aku mengenai bandar klang. Terkesima melihat peninggalan sejarah di sini. Bangunan MPK sendiri terletak di tapak bangunan lama kota raja mahdi , ada pintu gerbang and kubur lama lagi. dari puncak bukit kota ini, kita boleh nampak jambatan kota yang dibina 2 tingkat dan dibuat drpd steel structure, merentangi sungai klang. diseberang sana, terlihat pula bangunan masjid yg baru dibina. wah, sungguh menarik pemandangan di puncak kota ini. tak pernah tahu pula sebelum ini.

sejak itu, aku tanamkan azam (cheewah) utk buat photo trail di bandar klang ini satu hari nnti. Alhamdulillah, tercapai juga azam aku tu. Walaupun photo trail aka urban trail yg dibuat hanya disekitar little india, tapi aku sangat seronok (actually sbb dah lama x buat town trail, so rasa sgt excited).



trail kitaorg bermula pada pukul 9 (aku agak lambat sikit sebab tersesat). selepas menunggu kawan aku, ayien memberi briefing kpd student2nya, kami pun memulakan trail. tiada arah yg spesifik, cuma pusing2 di area little india (jalan tengku kelana). melepasi juga bangunan2 bersejarah seperti stesen keretaapi, galeri diraja (dulu-dulunya merupakan pejabat tanah british), india muslim mosque, old charted bank building (sekarang dah jadi gedung baju) dan deretan shoplot2 lama yg kebanyakan hasil senibinanya masih ada.


sunday morning view at little india klang


buying flowers


the indian muslim mosque @ jln tengku kelana





kalau mengikut sejarah, klang dahulu merupakan antara bandar yang paling aktif pada masa lampau. mungkin disebabkan kedudukannya yang berdekatan sungai dan aktiviti melombong bijih timah, menjadikan klang sbgai pusat perdagangan yg maju. di samping itu, pusat pemerintahan sultan juga berada disini (sbb itu ia disebut bandar diraja). hushh..panjang nk cerita sejarah2nya nie.

ok, kalau dah namanya jalan little india, tentu ramai org india disini..hehe..tapi aku suka berjalan disini sebab banyak kedai yang menjual baju-baju kurta dan sari yang cantik- cantik (nasib baik tgh hujung bulan, kalau tidak dah disambar..hehe)

jalan little india aka jln tengku kelana ni masih mengekalkan ke'originality'an nya. pembaikan hanya pada tiang lampu dan ruang jalan kaki limanya. kebersihan juga dijaga (syabas MPK!). pada aku nampak ok dan sederhana, tidak seperti little india di briekfield yg telah 'terover' make up..huhu (terperanjat betul masa lalu sana).





















galeri diraja klang



my breakfast di chong kok kopitiam..mesti cuba!

walaupun hanya berkesempatan separuh hari saja, tapi aku rasa sgt puas n best. sempat juga la buat satu sketch sebelum balik (dah namanya buat urban trail, x sah kalu x sketching).
Klang..insyAllah aku akan datang lagi..meneroka tempat2 mu yang bersejarah, tempat mereka mencurahkan keringat bagi membangunkan sebuah negara..(cheewah)


sketching skill yg dah berkarat..hehe

Thursday, January 20, 2011

hari ini hari cuti;)

happy thaipusam kepada mereka yang beragama hindu dan sedang bersesak-sesak di batu caves utk membersihkan diri, dan happy holiday juga kepada mereka yg tidak menyambut thaipusam dan sedang bersenang lenang dirumah sebab hari ini cuti umum..hooray;)

apa aktiviti di hari cuti ini? ada yg sekadar melepak-lepak dirumah (bestnya) dan ada juga yg mengambil kesempatan cuti utk beriadah bersama keluarga and friends. x payah pergi jauh2, yang disekitar kl and lembah klang nie pun dah banyak tempat riadah yang disediakan, dimajukan dan dipopularkan. Mungkin sudah banyak demand drpd community utk tempat-tempat sebegini.

ingat lagi dulu masa ambik subjek urban study di uni, one of my lecturer, prof suhana ada kata dkt m'sia ni tak byk tempat riadah if nk compare to foreign country sprt europe or tak payah tengok jauh2, singapore je. so, apa lagi nk buat di hujung minggu or cuti umum, pergi cari tempat makan ajela, dah xde benda nk buat..hehe..betul juga.

Tapi sekarang dah dapat lihat perubahan terhadap trend hidup masyarakat. dah mula ada kesedaran ttg kesihatan, tidak hanya cari tempat makan saja. tempat-tempat hutan simpanan terutama yg berdekatan bandar mula dimajukan dan dipopularkan, satu perkembangan yg bagus.

Cuma berharap sangat dgn local authority supaya tempat-tempat hijau ini seperti bukit kiara, bukit nanas, bukit gasing, bukit cerakah, frim dan sebagainya dikekalkan utk membalancekan balik pembangunan yang berlaku disekitarnya. Diwartakan sebagai hutan simpan selama-lamanya.

Seperti di taman rimba bukit kiara yang terletak di tmn tun dr ismail yang merupakan salah satu tempat favourite utk melepak dan beriadah sambil mencuci mata..hehe..
Aku pun baru jumpa tempat ni last year, x sangka ada hutan simpan yang best dekat2 area kl and pj. Sesuai bagi semua peringkat umur, utk pelbagai aktiviti sprt jogging, picnic, cycling dan juga jungle tracking.
Kalu nak tahu tempat nie dimana, boleh search dlm google map. Or pusing2 saja area taman tun, bila nampak hutan and bukit, menujula ke arah itu (aku pun buat mcm tu juga mula-mula..hehe)..insyAllah boleh jumpa. Selamat beriadah!








Monday, January 17, 2011

Age 30 and dot..dot..dot..

I turn 30 this year. Itu adalah pengakuan jujur aku during conversation dgn boss today on the way balik dari meeting. She asking why i haven’t sit for my Part 3 (professional exam) yet. Semantara x kahwin lg or have any other commitment, now is the right time to take the exam.

Bila kenang balik masa lalu, selepas graduate dulu mmg aku ada semangat yg berkobar-kobar utk jadi arkitek. Tetapi selepas itu, selepas didn’t get the job yg aku expected plus the psycho from the boss, i get frustrated. Selalu tukar2 keja, xde semangat especially dgn boss yg psycho..pernah buat aku give up dlm bidang architecture. Sampai at one time, aku buat decision utk berenti kerja walaupun x cari kerja lain lagi. Memang tindakan yg nekad. Memang betul2 down time tue. Time tu aku dok terfikir utk turn 360 degree drpd bidang yg aku buat sekarang. Tapi bila bercuti sebulan lebih, aku terfikir balik..inilah bidang yg aku ada kelebihan dari segi ilmu dan skill. Rasa sayang pula nk tinggalkan. Tambahan pula waktu belajar dulu bukan sekejap, lama tau..enam tahun. Perumpamaannya kalu kawin, dpt anak, anak dah sekolah tadika tau..hehe..

So, aku search balik job at architect firm. Alhamdulillah dapat keja yg skrg ni. Next month dah 2 tahun aku bekerja di sini (Dulu aku pernah tanamkan keyakinan 1 ari nnti aku akan dpt keja yg aku suka juga). Walaubagaimanapun masih belum bergerak or ada inisiatif utk mengambil part 3. Maybe aku nie cepat confius (yes, mengikut perkiraan tarikh lahir, mmg nombor aku cpt confius). Sbb kadang2 aku kurang confident dgn kemampuan (walaupun hakikatnya aku dapat rasa banyak peningkatan dari segi pengurusan masa, pengetahuan dan komunikasi sepanjang bekerja diisini). Kadang- kadanag aku masih mencari bidang yang sesuai untuk aku. Risau juga, kalau terbuang banyak masa sepanjang proses mencari tu.

Perbualan dgn Puan (my boss) tadi buat aku tersedar.. Rasanya cukup-cukupla mencari tu. Fokus apa yang ada didepan mata dulu. Then baru fikir apa lagi yg kita nk archieve. Memang dalam hidup kita kena sentiasa ada target. Capai satu target then set target yg lain pula. Setengah org x dapat capai apa yg di target sebab byk sangat benda yg ditarget sampai hilang focus. Maybe akan dapat capai..tapi prosesnya agak lambat la.

So, key word nye disini “TARGET” and “FOCUS”..

Apa target aku utk umur 30 tahun ini?...Write it down and make myself clear about that.. Kalu kena tengok tiap2 ari, xpe biarkan. At least kita aware dengan apa yg kita nk capai kan.

So, apa lagi..let start the step now!

Saturday, January 8, 2011

current reading


my current reading..actually terjumpa buku ni kat bilik ayah, layan ajela..
bagus juga membaca buku2 motivasi di awal tahun ni, rasa lebih motivate skit;)

Dhiya Maisara goes to school

dhiya maisara turn 4 and she goes to school this year=)

Monday, January 3, 2011

my DIY mission

one of my 2010 mission is to decorate my room nicely;)
alhamdulillah, mission telah hampir berjaya..rasa bangga sebab kebanyakan kerja2 dari mengecat hingga ke bertukang aku yg buat sendiri. seronok juga bila tengok hasil kerja sendiri, personal touch kata org.

termasukla memasang almari ikea, thanks to the guidance pamplet yg diattach sekali dgn furniture. buat sorg2 nie, berjaya jugak walupun ambik masa nk dkt 2 jam..hehe

preparation..pinjam tools ayah;)


mission completed..yahoo!

happy 2011

happy 2011..

alhamdulillah, dipanjangkan lagi umur utk satu tahun.
sekejap rasanya masa berlalu, bila buka balik diary lama n baca coretan2 didlm tue, rasa mcm baru semalam benda-benda tu semua berlaku. yaa, time flies too fast..
alhamdulillah, rasanya i have archieve many things in 2010..walaupun tidak sebesar mana but it means a lot to me;)
of course, want to be better from time to time, insyAllah. keep positive and optimistic.
masih banyak benda yg hendak dicapai, insyAllah dengan izin Nya..dan masih ada juga kekurangan diri yg perlu diperbaiki.

goodbye 2010, welcome 2011..