happy thaipusam kepada mereka yang beragama hindu dan sedang bersesak-sesak di batu caves utk membersihkan diri, dan happy holiday juga kepada mereka yg tidak menyambut thaipusam dan sedang bersenang lenang dirumah sebab hari ini cuti umum..hooray;)
apa aktiviti di hari cuti ini? ada yg sekadar melepak-lepak dirumah (bestnya) dan ada juga yg mengambil kesempatan cuti utk beriadah bersama keluarga and friends. x payah pergi jauh2, yang disekitar kl and lembah klang nie pun dah banyak tempat riadah yang disediakan, dimajukan dan dipopularkan. Mungkin sudah banyak demand drpd community utk tempat-tempat sebegini.
ingat lagi dulu masa ambik subjek urban study di uni, one of my lecturer, prof suhana ada kata dkt m'sia ni tak byk tempat riadah if nk compare to foreign country sprt europe or tak payah tengok jauh2, singapore je. so, apa lagi nk buat di hujung minggu or cuti umum, pergi cari tempat makan ajela, dah xde benda nk buat..hehe..betul juga.
Tapi sekarang dah dapat lihat perubahan terhadap trend hidup masyarakat. dah mula ada kesedaran ttg kesihatan, tidak hanya cari tempat makan saja. tempat-tempat hutan simpanan terutama yg berdekatan bandar mula dimajukan dan dipopularkan, satu perkembangan yg bagus.
Cuma berharap sangat dgn local authority supaya tempat-tempat hijau ini seperti bukit kiara, bukit nanas, bukit gasing, bukit cerakah, frim dan sebagainya dikekalkan utk membalancekan balik pembangunan yang berlaku disekitarnya. Diwartakan sebagai hutan simpan selama-lamanya.
Seperti di taman rimba bukit kiara yang terletak di tmn tun dr ismail yang merupakan salah satu tempat favourite utk melepak dan beriadah sambil mencuci mata..hehe..
Aku pun baru jumpa tempat ni last year, x sangka ada hutan simpan yang best dekat2 area kl and pj. Sesuai bagi semua peringkat umur, utk pelbagai aktiviti sprt jogging, picnic, cycling dan juga jungle tracking.
Kalu nak tahu tempat nie dimana, boleh search dlm google map. Or pusing2 saja area taman tun, bila nampak hutan and bukit, menujula ke arah itu (aku pun buat mcm tu juga mula-mula..hehe)..insyAllah boleh jumpa. Selamat beriadah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment