Saturday, January 29, 2011

ada apa dgn klang?...

ada apa dgn bandar klang?

selain terkenal sebagai bandar diraja..klang juga dikenali sebagai tempat yang banyak pendatang asing..huhu..
Dulu-dulu pun aku xdela berminat sgt nk ke klang. Kalau pergi pun sekadar utk ke station bus, xde apa pun nk di cari kat sana.

Tapi kunjungan ke Majlis Perbandaran Klang (MPK)-for building plan submission, beberapa tahun yang lalu memberi persepsi yg baru kepada aku mengenai bandar klang. Terkesima melihat peninggalan sejarah di sini. Bangunan MPK sendiri terletak di tapak bangunan lama kota raja mahdi , ada pintu gerbang and kubur lama lagi. dari puncak bukit kota ini, kita boleh nampak jambatan kota yang dibina 2 tingkat dan dibuat drpd steel structure, merentangi sungai klang. diseberang sana, terlihat pula bangunan masjid yg baru dibina. wah, sungguh menarik pemandangan di puncak kota ini. tak pernah tahu pula sebelum ini.

sejak itu, aku tanamkan azam (cheewah) utk buat photo trail di bandar klang ini satu hari nnti. Alhamdulillah, tercapai juga azam aku tu. Walaupun photo trail aka urban trail yg dibuat hanya disekitar little india, tapi aku sangat seronok (actually sbb dah lama x buat town trail, so rasa sgt excited).



trail kitaorg bermula pada pukul 9 (aku agak lambat sikit sebab tersesat). selepas menunggu kawan aku, ayien memberi briefing kpd student2nya, kami pun memulakan trail. tiada arah yg spesifik, cuma pusing2 di area little india (jalan tengku kelana). melepasi juga bangunan2 bersejarah seperti stesen keretaapi, galeri diraja (dulu-dulunya merupakan pejabat tanah british), india muslim mosque, old charted bank building (sekarang dah jadi gedung baju) dan deretan shoplot2 lama yg kebanyakan hasil senibinanya masih ada.


sunday morning view at little india klang


buying flowers


the indian muslim mosque @ jln tengku kelana





kalau mengikut sejarah, klang dahulu merupakan antara bandar yang paling aktif pada masa lampau. mungkin disebabkan kedudukannya yang berdekatan sungai dan aktiviti melombong bijih timah, menjadikan klang sbgai pusat perdagangan yg maju. di samping itu, pusat pemerintahan sultan juga berada disini (sbb itu ia disebut bandar diraja). hushh..panjang nk cerita sejarah2nya nie.

ok, kalau dah namanya jalan little india, tentu ramai org india disini..hehe..tapi aku suka berjalan disini sebab banyak kedai yang menjual baju-baju kurta dan sari yang cantik- cantik (nasib baik tgh hujung bulan, kalau tidak dah disambar..hehe)

jalan little india aka jln tengku kelana ni masih mengekalkan ke'originality'an nya. pembaikan hanya pada tiang lampu dan ruang jalan kaki limanya. kebersihan juga dijaga (syabas MPK!). pada aku nampak ok dan sederhana, tidak seperti little india di briekfield yg telah 'terover' make up..huhu (terperanjat betul masa lalu sana).





















galeri diraja klang



my breakfast di chong kok kopitiam..mesti cuba!

walaupun hanya berkesempatan separuh hari saja, tapi aku rasa sgt puas n best. sempat juga la buat satu sketch sebelum balik (dah namanya buat urban trail, x sah kalu x sketching).
Klang..insyAllah aku akan datang lagi..meneroka tempat2 mu yang bersejarah, tempat mereka mencurahkan keringat bagi membangunkan sebuah negara..(cheewah)


sketching skill yg dah berkarat..hehe

1 comment:

  1. Wow.. sy ex staff kedai emas win sen tahun 2002/2003... kenangan betul kedai emas win sen ni..

    ReplyDelete