Monday, December 26, 2011

SUMMER TRIP 2011: Day 5

Day 5: Barcelona

Pagi nie kena packing barang, sebab semlm reception ladies bagitau bilik kami perlu dikosongkan utk maintenance work (mmm..betul ke). Walaupun sayang nk meniggalkan bilik yg best tu, terpaksala juga relakan..hukhuk.. Selesai packing kami keluar utk memulakan perjalanan. Jadual hari nie xdela seketat semlm, sebab semlm dah pulun habis..haha

  1. Pagi jalan2 lagi di la rambla dan singgah dipasar mercat st joseph yang terletak di la rambla street, antara pasar yang terkenal disini. Jalan2 di dalam pasar, rambang mata tengok buah-buahan segar yang dijual..yummy.. Tapi mual tekak jugakla tengok daging2 khinzir yang digantung2, ada bentuk sosej..uweekk (byk gerai khinzir..depa nie suka makan menatang tu agaknya)

2. Hari nie kami berjalan di zon el raval pula. Antara tempat yg dilewati ialah Barcelona museum of contemporary dan antique hospital de la santa creu (cantik hospital ni, ada courtyard di tengahnya)


3. Kemudian kami masuk semula ke barri gothic, melawat tempat yg belum dilawati semlm seperti museu Picasso (Picasso pernah menetap di Barcelona) dan city hall. Kebetulan hari ini ada demonstrasi depan City Hall, byk polis dan jalan yg ditutup.

Kami pulang semula ke hotel tghari tu, masuk bilik baru yang terletak dibhgn belakang pula (xde balcony mcm bilik yang 1st tu..huhu). Tapi xpe, rasanya ada advantage utk sidai baju sebab tak menghadap jln besar (hotel policy x bagi sidai baju dkt balcony), bolehla mendobi mlm nnti;)

Kami lunch dibilik makan tapau falafel yang dibeli di la rambla tadi. Falafel ni mcm roti pita juga, berbentuk 3 segi, dimana kita boleh isi sendiri bahan2 atau sayur2 yang dikehendaki. Sebab lapar n nafsu..hehe, letak banyak bahan2nya..tapi bila dah bercampur semua, rasa mcm mual pulak nk menghabiskannya..itula, org tamak selalu rugi..haha, ingat!

Selepas mandi, sembahyang n nap sekejap (seperti biasaa..hehe)..perjalanan diteruskan.

4. Petang plan ke montjuic, perkampungan olimpik tahun 2002 dulu. Dari universitat, naik metro ke parallel, then naik pula fernicullar (cable car panjang mcm bukit bendera tu) ke montjuic yang terletak diatas bukit.

5. Dah sampai di montjuic kami berjalan dan lalu depan gallery joan miro, antara artist yang terkenal. Kemudian singgah di park bersebelahan gallery tersebut, utk menikmati permandangan kota Barcelona dari puncak montjuic.

6. Museum Olympic dan Olympic Stadium Montjuic (dibuka utk org ramai, masuk free)


7. Dekat sebelah stadium ada satu dataran yang sangat luas terdapat Palau Sant Jordi dan telecommunication tower ‘torre de calatrava’ yang agak terkenal.

8. Berjalan turun dari montjuic ke plaza espana. Nasib baik ada banyak escalator yg disediakan utk turun/ naik. Sepanjang perjalanan turun, kami melewati Museum National Catalunya dan Magical Fountain Montjuic (persembahan waktu malam, kami tak tunggu). Kalau dilihat kedudukannya, Museum yang terletak diatas bukit, dengan magical fountain dan plaza espana di bahagian bawah bukit, adalah di dalam axis yang sama, menarik! (design di Barcelona banyak menitikberatkan aplikasi simetri, grid, dan axis)

Dari Plaza Espana, kami naik metro ke station universitat, balik ke hotel utk mandi, makan dan sembhyg.

Metro system di Barcelona agak mudah dan tersusun, terbahagi kepada beberapa line juga seperti di London. Untuk 3 hari journey di Barcelona ini, kami beli tiket T10 yang boleh digunakan untuk metro, bus or tram untuk mana2 line di dalam zone yang sama. Memandangkan tourist attraction banyak di dalam zone 1 sahaja, jadi tidak timbul masalah tentang penggunaan ticket T10 yang sama. T10 merupakan ticket yang dibeli secara bundle (ada 10 journey), lebih murah daripada beli 1 ticket per journey, dan ianya boleh digunakan secara berkumpulan. Maksudnya, lepas sorang dah masuk ticket dekat machine (macam lrt tu), boleh pass ticket yang sama dekat kawan belakang dan ianya dikira second journey dan seterusnya. Ada jugak orang yang buat 1 ticket masuk dua orang, tapi not adviseable sebab ianya salah disisi undang2, kalau tidak bernasib baik kena tangkap atau kena sepit dengan pintu machine tu (experience orang yang dah kena sepit..sakit woo;) Kalau ticket T10 ada baki lagi, kena simpan ticket elok2 dan boleh digunakan untuk journey yang seterusnya. Sepanjang di Barcelona, kami Cuma guna T10 untuk naik metro ke Park Guell- Sagrada Famillia dan Montjuic sahaja. Yang lain2 destinasi Cuma berjalan kaki, maybe because hotel kami terletak within walking distance ke ciutat vella dimana terdapat banyak tourist attraction (la rambla, plaza catalunya, barri gothic dan el raval).

Memandangkan malam nie merupakan malam terakhir kami di Barcaleno, kami keluar lagi utk menikmati permandangan malam di la rambla dan plaza catalunya. Walaupun x keluar lama, sempat jugakla tengok street dance oleh mamat2 macho di la rambla. Waktu malam disini banyak tourist police yg berjaga (maybe sbb byk kes kecurian) dan pekerja2 kebersihan dah start kutip sampah dan bersihkan jalan (that’s how they keep the city clean).

Monday, December 19, 2011

SUMMER TRIP 2011: Day 4

Day 4: Barcelona

Olaaa..we are ready to conquer Barcelona!

Barcelona is 2nd largest city di Spain selepas Madrid. Turut dikenali sbg Catalunya dan org-orgnya berbahasa Catalan. Barcelona sinonim dengan culture, art and architecturenya, selain football FCnya. Mungkin itu antara sebab kami memilih Barcelona utk dikunjungi, sebab dulu pernah study architecturenya..jadi ingin melihat sendiri kehebatan itu.

My 1st impression to Barcelona..is NICE! Bersih..train/ metronya yg systematic, friendly people, pedestrian friendly town and great architecture. Kalau tgk masterplan Barcelona, planning dia memang dlm bentuk grid, very interesting!

  1. Our 1st visit is Park Guell, a public park designed by legendary barcelona’s architect..Antonio Gaudi. Dulu time kuliah, ada belajar subject history pasal beliau dan hasil kerjannya yg menjadi iconic dlm bidang architecture. Kami memang plan nk pergi park nie pagi2, sebab time nie x ramai org lg. Park ni terletak di atas bukit, so nak naik tu paham2la..kena mendaki. Tapi disebabkn impressed dgn pemandangan keliling, color2 building yang vibrant, tgn nia asyik click camera je, and x terasa penat sgt mendaki;)

Gaudi mmg terkenal dgn building2nya yang pelik2. Metaforanya drpd sumber alam dan binatang, so boleh tengok aplikasi tersebut dlm rekabentuk bangunannya. Walaupun rupanya pelik, tapi aku sgt impressed dgn detailing yg dihasilkannya. In architecture, the detailing is very important..x kira la design bangunan tersebut simple atau complicated.

2. 2nd destination is Sagrada Famillia. Keluar2 dari underground je..terus..WAH! tersergam bangunan tersebut. Kagum park guell pun x habis lg, terus terkagum lagi dgn sagrada famillia nie. Sagrada nie merupakan sebuah church yg didesign oleh Gaudi & tak habis2 lagi pembinaannya wlpun setelah kematian gaudi . Menurut cerita, Gaudi ni suka tukar2 detail dkt site, so sbb tu bangunannya tak siap2 (can’t imagine how the contractor dealing with him;). Kerja pembinaan sagrada diteruskan oleh badan NGO, dan dijangka siap pada 2014..hopefully!

3. Kami teruskan perjalanan ke casa2 yang glamour di Barcelona. Antaranya ialah casa batllo, casa mila, casa calvert (all 3 casa designed by gaudi too), casa amatler, casa Thomas..dan sebagainya ( x ingat nama, byk sgt..plus kitaorang dah penat berjln sebenarnya..hehe).

Nasib baik jalan2 di Barcelona ni sgt pedestrian friendly (have separate lane dedicated for bicycle, motorcycle & pedestrian), redup banyak pokok2& pocket park. Mmg recommended sangat2 planning and architecture student dtg sini buat case study.

Sebelum balik ke bilik hotel, kami singgah kejap di la ramblas beli kebab utk lunch tengahari tu.

Petang tu selepas lunch, sembhyg and take nap (sempat lg tu, kelebihan travel time summer, siangnya panjang).

4. Petang kami start dengan Arch Triumph. Then dari situ, berjalan lagi dan lagi.. Jumpa catarina market yang terletak berdekatan barri gothic. Design bumbung market sangat interesting.

5. Ciutat Vella atau dikenali District 1 merupakan penempatan terawal di Barcelona. Di dlm Ciutat Vella, terdapat kejiranan seperti Barri Gothic dan El Raval yang dipisahkan antara duanya oleh La Rambla Street.

Petang itu kami berjalan-jalan di kawasan Barri Gothic. Disini terdapat beberapa square sprt Placa Reail, cathedaral seperti Catedral de la Santa Cruz y Santa Eulalia- also known as Barcelona Cathedral), Carrer del Bisbe Irurita (ada link bridge between building, yg sgt cantik dgn ukiran), dan juga beberapa (byk sebenarnya smpi x ingat nama) small street and alleyway. Dekat square2 ni boleh lihat byk cafe and bar2, since depa suka melepak disini especially waktu petang. Street and alleyway sgt menarik dgn design tiang2 lampu, shopfront2, pintu2 dan balcony yang cantik. Pendek kata, everywhere is design here..walaupun cuma dilorong2 belakang. That’s the interesting part about Europe town!

5. Kami menyusuri la rambla street hingga ke waterfront area. La rambla merupakan Pedestrian walk yang paling famous di Barcelona. Bahagian atasnya terdapat plaza catalunya, manakala di penghujung jalan tembus ke waterfront area, terdapat statue colombus yang menunding jarinya ke arah laut. Happening dgn gerai, dan activity2 yang bermacam2 (yg plg best ada people statue). Sebab tu, la rambla sentiasa penuh dgn manusia. Langkah berhati2 perlu diambil disini sebab banyak pencopet.

Selepas puas berehat2 di tepi laut, menikmati permandangan kapal2 layar, kami bergerak pulang ke hotel. Malam itu kami Cuma berehat dibilik sambil memasak sendiri untuk dinner. Mungkin penat berjalan siang tadi masih belum hilang. Mana tidaknya, kami Cuma naik metro utk ke Park Guell dan Sagrada Familia, yang lain2nya berjalan kaki sahaja. Kalau tengok balik map perjalanan kami tadi..mmg jauh..hehe

Walaupun penat, hati tetap gembira..Mood hari keempat- I’m in love with Barcelona;) x sabar nk explore lagi esok.